Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

Anak Almy Nadia Selamat Dikebumikan

Semoga Almy dan Fizz tabah menerima ujian dan takdir yang ditetapkan Allah SWT.

Published

on

Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia akur menerima takdir apabila kehilangan cahaya mata yang meninggal dunia sewaktu dalam kandungan.

Menerusi laman Instagram Almy, dia ada memuat naik foto pengebumian anaknya yang diselesaikan dengan sempurna pada 13 Februari.

Kapsyen pelakon filem Dunia Baru The Movie itu yang menyatakan dia perlu terus kuat untuk suami dan anak-anak membuatkan ramai pengikut turut meluahkan rasa simpati selain berdoa agar pasangan itu dikurniakan pengganti suatu hari nanti.

“Alhamdulillah selesai dgn sempurnanya.. al fatihah.. tenang disana wahai anakku.. allah lebih sygkan kami wahai anakku.. mama tak kuat syg.. tp mama kena kuat demi kakak kakak kamu.. mama tahu papa sedih.. cuma papa tak tunjuk.. maafkan mama syg @fizzfairuzofficial .. maafkan mama wahai anakku MOHAMMAD .. jumpa disana,tunggu mama dan papa di sana.. AL FATIHAH ..,” tulisnya.

Difahamkan, kandungan Almy telah meninggal dunia ketika berusia 14 minggu.

Untuk rekod, Fizz dan Almy telah berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest