Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Anak Dua Tahun Petah Bercakap Dua Bahasa, Ini Petua Syatilla Melvin.

Semoga tip yang dikongsikan Syatilla ini bermanfaat buat semua.

Published

on

Kenapa anak orang tu dah berjalan tapi anak saya masih merangkak? Kenapa anak dia dah petah bercakap tapi anak saya sebut mama pun belum pandai?

Tengok anak orang cepat bercakap, kita sebagai ibu bapa pula yang tertekan.

Pelakon, Syatilla Melvin ada berkongsi dua petua berguna yang diamalkannya dalam mendidik anak sulung, Syeriv Samheizy yang sudah petah bercakap dua bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) biarpun hanya berusia dua tahun setengah.

Perkara itu diceritakan menerusi laman Instagram anaknya pada Sabtu.

View this post on Instagram

Sungguhpun syeriv baru 2tahun setengah, tpi dia petah becakap dua2 bahasa.alhamdulillah.. tips? . 1- jgn biasa ckp dgn ank2 bahasa budak2.contoh mcm NAK MAMAM?NAK NENEN?alolo omey2 nyeee (comelnyaa), elakkan kalau boleh.nnti anak hampa akan bercakap dgn kurang jelas . 2- sembang je dgn anak2 mcm kita sembang dgn laki kita,kawan kita.walaupun depa xfhm lgi tp cara kita communicate tu yg penting!!! . 3-selitkan lawak2 bodo sikit. Supaya xserious sgt . 4-bawak ank2 begaul dgn budak2 lain. Jgn tgok muka mak hang jaa..

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syeriv_samheizy) on

Menurut isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu, ibu bapa sebaiknya mengelak daripada menggunakan ‘bahasa budak-budak’ ketika berkomunikasi dengan anak-anak kerana ia akan menyebabkan percakapan mereka kurang jelas.

Sebaliknya, berbual lah dengan mereka sama seperti mana kita berbual dengan orang dewasa.

Biarpun si kecil mungkin tidak faham, namun Syatilla amat menitikberat tentang cara berkomunikasi yang betul supaya anak-anak akan mahir bercakap dengan cepat.

Semoga tip yang dikongsikan Syatilla ini bermanfaat buat golongan ibu bapa di luar sana.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest