Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Anak Kuat ‘Drama’, Yana Samsuddin Kongsi 5 Tip!

Sudah menjadi perkara biasa bagi anak kecil yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah apabila mahukan perhatian daripada orang sekeliling.

Tidak dinafikan, sesetengah ibu bapa juga ada yang hilang sabar apabila anak mereka menangis dan meraung di khalayak ramai sehingga membuatkan mereka merasa tertekan.

Published

on

Sudah menjadi perkara biasa bagi anak kecil yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah apabila mahukan perhatian daripada orang sekeliling.

Tidak dinafikan, sesetengah ibu bapa juga ada yang hilang sabar apabila anak mereka menangis dan meraung di khalayak ramai sehingga membuatkan mereka merasa tertekan.

Namun, tidak buat pelakon Yana Samsuddin yang mempunyai cara tersendiri apabila anaknya, Aisy Mateen ber ‘drama’ atau tantrum di tempat awam.

Menerusi laman Instagramnya, Yana menjelaskan anaknya sudah mula tantrum dengan aksi guling-guling badan sejak berusia satu tahun setengah lagi dan Yana turut kongsikan tip-tip berguna buat golongan ibu bapa untuk handle si kecil.

“1st: Jangan panik, enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum.
2nd: Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.
3rd: Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya.
4th: Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang dia buat tak betul kerana….
5th: Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih…” tulisnya.

Wah, betul tu Yana! Semoga semua tip yang Yana kongsikan buat peminatnya itu berguna untuk golongan ibu bapa di luar sana okay?

Selamat mencuba!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest