Syakir, 20, yang juga anak kepada penyanyi Nora Ariffin, 46, itu tersenarai antara 20 calon protege program realiti berkenaan.

“Tertekan juga biarpun masih dalam kelompok 20 terbaik ramai sebenarnya sudah meletakkan harapan tinggi kepada saya kerana latar belakang saya.

“Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan saya terpilih kerana ‘cable’ (pengaruh arwah bapa). Ibu pula seorang penyanyi berpengalaman. Saya juga melalui proses sama seperti orang lain. Beratur, pergi ujibakat dan sebagainya.

“Sebenarnya, saya rasa sangat kecik kerana mereka yang tersenarai dalam kelompok 20 terbaik ini hebat-hebat belaka. Masih terlalu awal namun saya akan melakukan yang terbaik,” ujarnya lagi.

Mentor Milenia akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini jam 9 malam menerusi TV3.

Shuk Sahar dan Elly Mazlein digandingkan sebagai hos, lima penyanyi diberi tanggungjawab sebagai mentor iaitu Akim Ahmad, Black Hanifah, Hazama, Ernie Zakri dan Stacy.

Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Altimet pula akan bertindak sebagai juri tetap.