Connect with us
Projek Radio

Inspirasi

Anak Tak Mahu Kemas Barang Mainan? Cuba taktik Ini!

Halusss betul cara dia…

Published

on

Kanak- kanak amat sinonim dengan barang mainan. Bagi mereka, tiada perkara lain yang lebih menyeronokkan selain memiliki dan mengumpul barang mainan yang banyak.

 

Oleh hal demikian, insan bergelar ibu bapa juga sudah pasti pernah mengalami stress gara-gara rumah dipenuhi dengan barang permainan si kecil.

Biarpun sudah mengemas beribu-ribu kali dan meletakkan semula barang permainan ke dalam bakul, anak-anak akan membuat sepah semula.

Pada 31 Januari lalu, seorang wanita menerusi tweet handle Kaharuddin Intan ada berkongsi satu tips berkesan dalam melatih anak agar memasukkan semula barang mainan ke dalam bakul setelah selesai bermain.

Ternyata, kaedah berpura-pura menangis dan mengadu kepenatan berjaya ‘melemahkan’ anaknya yang kelihatan terus bangun dari kerusi dan segera mengemas.

Video berdurasi 0:26 saat itu sehingga kini telah meraih lebih 129,700 tontonan dengan rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Boleh lah anda cuba taktik ini di rumah dengan anak-anak nanti!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest