Connect with us
Hot Kool Jam

Onz

Andi Bernadee Mula Besar Kepala?

Andi dikatakan susah untuk berurusan sehingga menyinggung hati sesetengah pihak.

Published

on

Penyanyi yang popular menerusi lagu Donde, Andi Bernadee tidak terkecuali dalam berdepan dugaan di saat bakatnya mula mendapat perhatian.

Penyanyi kelahiran Sabah itu dikatakan sudah berubah dan semakin besar kepala apabila susah untuk berurusan.

Malah, ada sesetengah pihak tersinggung dengan caranya.

Tidak cepat melatah, Andi menjelaskan perkara sebenar.

“Semua itu berlaku bersebab dan jika ada yang menganggap saya sudah berubah, mungkin ada kebenarannya. Tetapi, perubahan itu tidak bermakna saya berlagak atau lupa diri apabila sudah popular.

“Mereka kena faham, dahulu undangan persembahan tidak banyak, jadi saya boleh melayan setiap permintaan. Sekarang, keadaan sudah berubah kerana sejak enam bulan lalu, saya hanya pulang ke rumah untuk tidur,” katanya.

“Setiap hari, saya terikat dengan tuntutan kerja. Ada masanya, saya terpaksa menolak beberapa permintaan kerana terlalu penat dan ingin berehat. Namun, keputusan itu membuatkan saya dituduh besar kepala pula,” jelasnya lagi.

Nama pun industri hiburan, pasti ada cabaran dan dugaannya. Stay strong, Andi!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest