Connect with us

Onz

Anugerah Skrin 2019 1 November Ini

Jangan lupa tonton!

Published

on

Anugerah paling berprestij, Anugerah Skrin anjuran TV3 kembali lagi untuk edisi tahun 2019!

Bakal berlangsung pada 1 November ini, ASK 2019 memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni tanah air yang bekerja keras dalam menghasilkan filem dan drama dengan 30 kategori dipertandingan secara menyeluruh.

30 kategori tersebut merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Tiga kategori baharu tahun lalu masih diteruskan iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, yang mana kesemuanya berada dalam kategori drama.

Malam Anugerah ASK2019 akan menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk tujuh kategori yang lain akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober nanti.

Kelainan konsep tahun lalu masih dikekalkan pada tahun ini iaitu tiada hos utama mengendalikan malam anugerah tersebut, sebaliknya menampilkan beberapa pasangan selebriti untuk memeriahkan acara.

Antaranya Elly dan Shuk, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta ramai lagi.

Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh, serta pelbagai segmen lain yang menarik.

Tahun lalu, ASK2018 mengangkat tema ‘Black Tie’ dan Elegan. Apa agaknya tema tahun ini ye?

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest