Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Anzalna Bantu Keluarga Susah

Semoga sentiasa murah rezeki Anzalna!

Published

on

Memberi lebih baik daripada menerima.

Pelakon, Anzalna Nasir mengakui berasa simpati terhadap golongan ibu bapa yang kesusahan dalam membesarkan anak-anak.

Memandangkan kos sara hidup kini semakin tinggi, Anzalna yang juga kini bergelar seorang ibu nekad memberi bantuan dengan menghulurkan barang keperluan ibu dan anak kepada keluarga yang dalam kesempitan.

Perkara itu dikongsikan pelakon 31 tahun itu menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

View this post on Instagram

Kadang kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi. Bayangkan gaji tinggi pun terasa bebanan hidup inikan pula gaji rendah. Membesarkan anak tidak mudah seperti disangka sebab banyak keperluan yang perlu disediakan terutama sekali waktu bayi. Sejak ada Eidrees buat Anzalna sedar macam mana la keluarga yang hidup dalam kesempitan, tiada wang yang cukup untuk membeli keperluan anak-anak. InsyaAllah Anzalna akan berjumpa dengan mereka. Thanks to my followers yang tolong Anzalna untuk cari keluarga yang memerlukan barang bayi/ keperluan ibu dan anak. Thank you @happikiddo_ tolong I juga. Diapers je tak cari lagi. Brand apa patut I beli? Siapa ada kenal lagi family yang memerlukan keperluan bayi please dm Anzalna. @mohamadeidrees pun akan buat #GIVEAWAY barang dia di page @mohamadeidrees . Ada baju, ada mainan, ada diapers dan macam-macam lagi..

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Lantas, perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi oleh peminat di ruangan komen.

Anzalna dan suami, Hanif Zaki berkahwin pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang kini berusia 6 bulan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest