Home > #PenaHot > Apa Yang Cikgu Ni Lakukan Terhadap Pelajar Yang Lemah Memang A+

Apa Yang Cikgu Ni Lakukan Terhadap Pelajar Yang Lemah Memang A+

Guru adalah ibarat lilin, sanggup membakar diri demi menerangi para pelajar. Bagaimanapun, tugas guru bukanlah hanya mendidik, tetapi pelbagai halangan turut dialami bagi seseorang guru untuk memastikan anak didiknya menjadi insan yang berjaya. Sama seperti situasi seorang guru wanita ini, yang berkongsi cerita di laman twitter miliknya dengan menggunakan nama Amy Mistika.

Kisahnya bermula selepas guru ini terasa tercabar apabila sudah berkali-kali menegur seorang pelajar berkenaan buku dengan kalkulator, tapi pelajar ini hanya mampu tunduk dan membisu walaupun sudah ditanya dengan cara yang baik.

Cikgu, dia memang pemalu.

Setelah hari demi hari berlalu, guru berkenaan mengambil keputusan untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, dengan meletakkan pelajar berkenaan di barisan hadapan supaya mudah dipantau.

Pelajar lain turut menjelaskan keadaanya sama mendiamkan diri sewaktu guru lain mengajar.

Cikgu lain biar je. Sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja je.

Berasa tidak adil dengan situasi itu, guru tersebut mengambil langkah untuk bertutur dalam bahasa Cina, susulan beranggapan mungkin pelajar itu tidak faham bahasa Melayu.

Guru itu terus bertanyakan tentang buku dan kalkulator terhadap pelajar tersebut sama ada dia memang tidak bawa atau tidak mempunyai kedua-duanya.

Ternyata selepas bertanyakan soalan berkenaan dalam bahasa Cina, pelajar itu menjawab, namun dengan nada yang perlahan mengatakan dia tidak mempunyai kedua-duanya.

Terasa tidak sampai hati untuk mendenda pelajar berkenaan, cikgu ini mengambil keputusan untuk meminjam buku dan kalkulator dengan panitia matematik, seterusnya memberi pinjam kepada pelajar itu.

Semenjak pelajar berkenaan mempunyai buku, setiap kerja rumah yang diberi kepada pelajar berkenaan, pasti akan dihantar.

Ternyata pelajar ini bukan tidak mahu melakukan sebarang pekerjaan, tapi sebenarnya cuma mahukan perhatian.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply