Connect with us
Hot Kool Jam

Eksklusif

Apa Yang Ramai Salah Sangka Tentang Belajar Luar Negara?

Duduklah di ceruk pedalaman mana sekali pun, kalau dah jodoh dari benua lain pun boleh bertemu tau..

Published

on

Wahhh, bestnya belajar luar negara! Inilah reaksi lazim yang diterima oleh pelajar luar negara.  Namun percayalah, tidak semuanya indah. Kalau tak kuat mental dan fizikal alamat ke lautlah jawabnya. Air mata jangan cakaplah, dah jadi teman karib si pelajar. Kalau boleh ditakung air mata tu sepanjang tempoh belajar, kolam renang bersaiz olimpik pun boleh penuh. Jom kita teliti satu persatu sangkaan umum tentang belajar di luar negara :

1. Fasih Berbahasa Asing – memang diakui bila kita berada di kelompok yang mengamalkan bahasa inggeris contohnya, kita akan cenderung untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Tetapi percayalah, pada hakikatnya, ramai pelajar kita  di luar negara yang tidak dapat menguasai bahasa asing kerana hanya duduk dan bergaul sesama rakyat Malaysia. Bila tiada latihan komunikasi, tak ada lah bagus mana bahasa asing mereka. Semuanya bergantung pada minat dan usaha untuk menguasai bahasa asing , tak kiralah anda berada di mana sekali pun.

2. Pasti Kahwin Dengan Mat / Minah Salleh – biasakan dengar bila ibu dan ayah risau melepaskan anak belajar ke luar negara sebab takut kahwin dengan orang putih? Tapi ni kan soal jodoh yang terletak di tangan Tuhan. Duduklah di ceruk pedalaman mana sekali pun, kalau dah jodoh dari benua lain pun boleh bertemu tau. Lagi satu , nak kahwin dengan orang luar ingat mudah ke? Banyak dan rumit prosesnya, jadi tentulah mereka yang belajar luar negara ni fikir dua kali.

3. Pelajar Oversea Mudah Diambil Kerja – Sila ambil maklum ya. Ini bukan jaminan untuk dapat kerja. Mungkin sesetengah bidang sahaja menjadi kelebihan. Perlu diingat yang utama adalah pencapaian akademik kita. Jadi, belajar luar ke tidak kalau keputusan cukup-cukup makan, itu yang jadi ukuran. Mana-mana pun ada yang mengganggur lama.

4. Sambil Belajar Sambil Makan Angin – Makan angin tu kiranya berseronok, bersiar-siar dan berbelanja kan? Mungkin satu kelebihan untuk peluang makan angin sebab memang dah ada di negara orang tapi itu pun kalau ada duit lebih. Peruntukan lebih diutamakan untuk tujuan pembelajaran sebab rata-rata ngam-ngam je dalam simpanan. Jadi kalau yg realisasikan istilah makan angin tu, kalau bukan anak orang kaya,maknanya ikat perut gila-gila lah tu.

5. Graduan Luar Negara Rata-rata Berjaya – Pernah dengar tak kes pelajar yang mendapat gelaran ‘best student’ atau pun sejenis yang selalu dapat ‘straight As’ waktu di sekolah tapi terkandas di tengah jalan ketika menuntut di luar negara? Pulang ke tanah air tukar bidang lain, mula balik dari awal. Belajar jauh ke dekat , yang utama minat untuk kenal pasti bidang yang tepat.

Sebenarnya tidak dinafikan belajar di luar negara sangat menyeronokkan. Pastinya pengalaman yang cukup berharga. Jadi kalau ada peluang , why not kan? Haaa? Macam mana nak dapat peluang? Kenalah masuk Kolej Poly Tech Mara sebab di KPTM pun dapat belajar di luar negara. Jadi jom masuk KPTM! Mohonlah bagi pengambilan sesi Julai 2019. Ikuti pelbagai peringkat pengajian bersama pensyarah bertauliah di kampus yang kondusif, serba lengkap dan insentif menarik menanti.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest