Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Aprena Manrose Jatuh Sakit Di Paris

Aprena alami gastrik sejak hari pertama penggambaran.

Published

on

Pelakon, Aprena Manrose terpaksa dimasukkan ke hospital ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Paris, Perancis, baru-baru ini apabila tiba-tiba jatuh sakit.

Aprena diserang sakit gastrik ketika hari pertama penggambaran pada 19 Ogos lalu.

“Saya seperti diserang gastrik, termasuk mengalami pedih ulu hati, lalu bergegas ke hospital mendapatkan rawatan kerana tidak mahu melarat hingga menjejaskan jadual penggambaran.
“Pihak hospital bagaimanapun, meminta saya ke farmasi mendapatkan ubat. Namun, keadaan kesihatan saya semakin merosot pada hari kedua sehingga tidak dapat menjalani penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, Aprena bersyukur pihak produksi sangat memahami masalah yang dihadapinya dan mereka saling bantu-membantu.

“Mujur produksi memahami dan meneruskan babak membabitkan pelakon lain seperti Zara Zya serta Fadlan Hazim. Ada beberapa ubat yang saya cuba, tetapi sakit itu tetap berulang,” katanya.
“Tidak sangka ia berulang dan doktor menasihatkan saya membuat pemeriksaan lanjut. Saya bagaimanapun, memilih untuk bertahan kerana mahu mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur,” katanya yang kembali ke tanah air, kelmarin.

Walaupun terpaksa bertarung melawan sakit, Aprena tetap kuatkan semangat untuk meneruskan penggambaran seperti biasa.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest