Connect with us
Projek Radio

Selebriti

Ardell Aryana Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulung!

Welcome to parenthood!

Published

on

Tahniah! Pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata pertama di Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan, Selangor pada Jumaat, 5 Jun 2020.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Ardell, Nadzmi Adhwa menerusi laman Instagram miliknya.

Biarpun belum mendedahkan jantina bayi mereka, Ardell difahamkan bersalin secara normal tepat jam 2.22 pagi selepas lebih 16 jam bertarung nyawa menahan sakit.

Dalam pada itu, Nadzmi yang juga merupakan seorang pelakon mengakui bersyukur selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarganya, doktor serta pihak hospital dan juga para peminat yang sentiasa mendoakan Ardell selama ini.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest