Connect with us
Big Malaysian Breakfast

Hiburan

"Arslan Pilih Saya!" – Tiz Zaqyah

Pelakon Tiz Zaqyah bakal membintangi drama bersiri terbaharu berjudul Sara Sajeeda, yang bakal disiarkan di slot Samarinda TV3, selewat lewatnya Oktober ini, di samping hero kacak dari Pakistan.

Published

on

Pelakon Tiz Zaqyah bakal membintangi drama bersiri terbaharu berjudul Sara Sajeeda, yang bakal disiarkan di slot Samarinda TV3, selewat lewatnya Oktober ini.
Menurut Tiz, ramai yang tidak sabar menantikan aksinya dalam drama itu, di mana dia digandingkan dengan hero kacak dari Pakistan, Arslan Asad Butt.

“Jangan marah, Arslan pilih saya dalam drama ni.”
“Baru saja berkongsi gambar bersama Arslan di Instagram, ramai dah tertanya-tanya bila drama ini disiarkan… Ada juga yang dah tak keruan tengok wajahnya.”
Tiz kini berada di Pakistan dan sedang menjalani sebahagian penggambaran drama Sara Sajeeda.
Dia juga berkongsikan beberapa keping gambar penggambaran di sana, termasuk bersama dua pelakon utama, Arslan dan Anmol Baloxh.




Tiz akan memainkan watak utama bernama Sara, manakala Arslan melakonkan watak bernama Fawwad. Anmol akan menjayakan watak bernama Sajeeda.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest