Arghh stress betul tengok K-drama, cerita dah best tapi kalau watak jahat memang menyakitkan hati sampai rasa nak marah!
Ya, setuju sangat bila dalam K-drama, mesti akan ada satu watak antagonis yang sangat jahat, psycho dan pandai putar belit keadaan sampai kita yang tengok pun rasa sakit hati kemudian kita mengamuk di social media kan. Tapi why not kali ini kita ubah angin sikit. Kita tengok drama Thailand pula okay? Let’s go!
IN TIME WITH YOU
Drama ini mengisahkan tentang Pimchanok yang telah menerima satu e-mail mengenai symptom tua sebelum umur pada hari lahirnya yang ke-30 tahun. Ketika usianya sudah menjangkau 30 tahun, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa sahabat baiknya, Thanapan semakin hari semakin kacak jika dibandingkan dirinya sebagai seorang perempuan. Lalu Pim telah mencabar Thanapan untuk membuat perjanjian siapa antara mereka yang akan mendirikan rumah tangga terlebih dahulu sebelum usia menjangkau 35 tahun. At the same time, Thanapan juga menyimpan perasaan terhadap Pim! Sibuk sangat cari pasangan hidup sampai mereka sendiri tak sedar bahawa mereka ditakdirkan untuk bersama-sama. Woww, sweet ya drama ini ya bercinta dengan kawan baik sendiri!
SHADOW OF LOVE
Sepasang kembar perempuan dan lelaki yang bernama Kwan Oei dan Kwaan Ma yang mana si perempuan bersikap seperti seorang lelaki. Ibu mereka dengan sengaja memberi nama perempuan kepada mereka berdua kerana nak selamatkan anaknya daripada satu kejadian buruk yang berlaku dahulu. Demi menyimpan rahsia dan memori hitam itu, pasangan kembar itu memiliki nama perempuan. Tapi bila mereka dah besar, satu masalah lain pula timbul.
ANGEL BESIDE ME
Disebabkan bunyi yang kuat dari siling rumahnya, Lim hampir menamatkan riwayat hidupnya. Tapi kerana seorang pari-pari kacak yang bernama Michael Lansaladon yang terjatuh dari syurga, semuanya berubah. Rupa-rupanya Michael dalam diam telah memerhatikan Lin dalam senyap apabila dia sedang dalam perasaan marah, sedih, kecewa, sakit dan bahagia.
Sekali sekala tengok drama Thailand best juga tau, asyik K-drama je. Boleh juga belajar cakap bahasa Thailand pula lepas ini.
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.