Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Atas Permintaan Ramai, Boss Ned Akhirnya Tunaikan…

Pasangan selebriti Nedim Nazri dan Nora Danish sering mendapat perhatian netizen di laman sosial kerana mereka kerap berkongsi tentang perkembangan kerjaya dan juga kehidupan seharian.

Published

on

Pasangan selebriti Nedim Nazri dan Nora Danish sering mendapat perhatian netizen di laman sosial kerana mereka kerap berkongsi tentang perkembangan kerjaya dan juga kehidupan seharian.

Malah, rutin Nora dan Nedim yang gemar memuatnaik gambar  dan video anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz atau lebih selesa dengan panggilan Ney Ney kepada peminat membuatkan Ney Ney kini lebih popular berbanding ibunya sendiri.

Tidak dinafikan, telatah comelnya sangat mencuit hati sampai ada peminat baru yang sanggup mengikutinya di laman Instagram semata-mata untuk melihat perkembangan Ney Ney.

Baru-baru ini, Nedim atau lebih mesra dengan panggilan Boss Ned telah memuanaik sebuah video anaknya itu di laman Instagram atas permintaan ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Boss Ned secara berjenaka menyatakan dia tidak perlu berbelanja besar untuk anaknya itu oleh kerana Ney Ney kelihatan menangis apabila dinyanyikan lagu “Happy Birthday”.

“Nampak nya Daddy akan save banyak duit kerana Ney Ney tak suka “birthdays” 😂🤣😂”

Aduh, comel betul lah gelagat si Ney Ney ni…mesti ramai yang cair lepas tengok video tu kan!

Rata-rata pengikut Boss Ned juga turut memberi pujian serta terhibur melihat video aksi lucu Ney Ney sehingga video tersebut berjaya meraih hampir 400,000 tontonan.

Nora dan Nedim telah berkahwin pada Mac tahun lalu dan masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest