Home > #PenaHot > Atasi Serangan Ransomware WannaCry Dengan Langkah Ini

Atasi Serangan Ransomware WannaCry Dengan Langkah Ini

Okay, rasanya ramai dah tahu pun pasal Malware Ransomware Wannacry ni. Tapi ramai tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk atasinya. Info ini sangat berguna untuk anda yang memang banyak file atau data penting dalam alat media anda! Jom lakukan step mudah ni!

 

Buat simpanan lain atau ‘back up’ fail anda dengan kerap.

Untuk mengelakkan daripada kehilangan fail penting di dalam komputer, anda boleh membuat simpanan data dengan kerap dan berkala. Setiap kali terdapat file baru atau data baru, jangan lupa untuk buat ‘backup’ atau ‘copy’ ke media lain.

Fikir sebelum klik

Awas! Jangan klik sesuka hati mana-mana website yang mencurigakan.

Elakkan dari mengguna Wifi awam

Yup, handphone canggih anda juga berpotensi untuk diserang ya!

Jika terkena, bertindak segera!