Connect with us
You Da Boss

Drama

Atikah Suhaime Jadi Wartawan Di Sepanyol?

Menjadi seorang wartawan adalah cabaran terbesar buat Atikah.

Published

on

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime bakal muncul dengan drama terbaru, Poskad Dari Alhambra.

Menariknya, drama ini memberikan cabaran besar buat dirinya apabila dia dituntut untuk fasih berbahasa Sepanyol.

Selain itu, Atikah juga menggalas watak sebagai wartawan yang bermastautin di negara itu.

“Saya akui teruja dapat menimba pengalaman baharu, pada masa sama berdebar kerana banyak babak memerlukan saya fasih berbahasa Sepanyol. Tambahan pula, banyak babak besar dan penting menanti sepanjang di sana.

“Perasaan risau bagaimanapun sedikit berkurangan kerana pihak produksi ada menyediakan guru bahasa di set penggambaran nanti.

“Menariknya, drama bersiri itu turut menggabungkan pelakon dari Malaysia, Singapura dan Sepanyol,” katanya.

Atikah akan berada di Sepanyol untuk penggambaran selama sebulan.

“Ketika ini, penggambaran sedang berjalan di Singapura dan kami akan berlepas ke Sepanyol, akhir bulan ini untuk menyempurnakan drama bersiri itu. Kami dijangka berada di sana selama sebulan,” ujar Atikah.

Selain Atikah, drama arahan Faisal Ishak itu turut dibintangi Marissa Yasmin dan Rafi Khan (Singapura).

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest