Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Awi Rafael Kongsi Ilmu Dengan Kanak-Kanak Autisme

Awi kini memiliki 47 pelajar di New Santara.

Published

on

Antara cara kita mengamalkan sesuatu ilmu yang telah dipelajari adalah dengan mengajarkannya atau berkongsi dengan orang lain.

Itulah yang dilakukan oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael yang membuka akademi muzik miliknya sendiri, New Santara.

Akademi berkenaan diwujudkan bagi membantu kanak-kanak termasuk autisme sebagai terapi selain mencungkil bakat golongan itu.

Sejak diperkenalkan empat bulan lalu, Awi kini memiliki 47 pelajar.

“Awalnya, saya mengajar empat pelajar dan sekarang sudah ada 47 termasuk kanak-kanak autisme. Saya ajar sendiri kanak-kanak ini dengan memanfaatkan ilmu ketika menuntut dalam bidang perundangan serta psikologi dulu.

“Saya turut mengajar anak muda untuk bermain piano dengan cepat selain berkongsi tip mengenai vokal dan menyediakan kelas vokal menerusi Skype.

“Saya ada beberapa pelajar yang sudah mula pandai menyanyi dan buat pemanasan vokal. Ibu bapa mereka yang melihat perkembangan itu menangis,” katanya ketika ditemu bual wartwan, Georgie Joseph.

Awi turut berkongsi perkembangan pembelajaran mereka di laman Instagram sebagai kesedaran tentang terapi muzik dalam golongan kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest