Connect with us
Projek Radio

Selebriti

Ayda Jebat Ajak Peminat Khatam Al-Quran Sepanjang Tempoh PKP

Masih ada 6 hari, jom kejar pahala free!

Published

on

Umum mengetahui kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Tempoh PKP itu telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini.

Tidak dinafikan, ramai rakyat Malaysia yang mengeluh kebosanan apabila terpaksa berkurung di dalam rumah dan tidak dapat keluar.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi satu idea bermanfaat yang boleh dilakukan sepanjang tempoh dua minggu PKP dilaksanakan, iaitu khatam Al-Quran 30 juzuk.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada 24 Mac 2020.

View this post on Instagram

🙏 . Quarantine vs QURANTIME . Dgn tawfiq dari Allah, set goal khatam Al-Quran 30 juzuk dalam masa 14 hari di rumah masing-masing. . 18 – 31 Mac 2020 . 18 Mac – 2 juz 19 Mac – 2 juz 20 Mac (Jumaat) – 3 juz 21 Mac – 2 juz 22 Mac – 2 juz 23 Mac – 2 juz 24 Mac – 2 juz 25 Mac – 2 juz 26 Mac – 2 juz 27 Mac (Jumaat) – 3 juz 28 Mac – 2 juz 29 Mac – 2 juz 30 Mac – 2 juz 31 Mac – 2 juz . Moga tempoh ini berlalu dengan pengisian rohani dan Allah membantu kita menghapuskan wabak ni dgn segera. Ramadhan & Raya dah nak tiba, kesian yang mencari rezeki untuk keluarga. Let’s do this guys! . #AydaJebat #QuarantineVSQuranTime #JustSharing #StayAtHome #TiktokBolehQuranBoleh #NiJeYangSempatSayaRecord

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Daripada duduk di rumah goyang kaki tak buat apa-apa, jom sama-sama tambah pahala.

Semoga perkongsian mulia Ayda ini menjadi inspirasi buat semua.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest