Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Ayda Jebat Akui Tiada Dugaan Bertunang, Malah Tak Sabar Percepatkan Perkahwinan

Alhamdulillah…

Published

on

Pertunangan boleh dikatakan satu fasa yang penuh dengan ujian dan dugaan untuk menguji sama ada pasangan itu benar-benar bersedia untuk berumahtangga. Ada juga pasangan yang kecundang dan akhirnya memutuskan pertunangan.

Namun fasa pertunangan ini berbeza pula dengan Ayda Jebat dan tunangnya, Nabil Mahir.

Ayda mengakui sehingga kini mereka tidak pernah didatangi ujian yang boleh mengganggu gugat kasih sayang mereka, bahkan mereka seperti mahu mempercepatkan majlis perkahwinan.

“Saya dah selalu dengar pelbagai kenyataan dikeluarkan mengenai perkara ini. Betul atau sekadar nak mengusik tak pastilah.

“Sehingga kini, alhamdulillah saya dan Nabil gembira dengan apa yang dilalui. Hubungan kami lancar dan setiap hari kami seperti nak segerakan perkahwinan. Tak dinafikan ada beberapa dugaan, tapi bukan berkaitan hubungan kami,” katanya.

Turut menjelas lanjut, Ayda berkata dugaan yang datang adalah dari segi tawaran kerja. Ujarnya, adakalanya dia memikirkan adakah perlu mengambil tawaran tersebut ataupun memikirkan soal majlis perkahwinan terlebih dahulu.

“Sekiranya saya ambil, persediaan kahwin akan terganggu pula. Macam-macam yang datang dalam kepala. Contohnya, kalau ambil kerja itu, saya akan dapat duit banyak, tapi bagaimana pula dengan persediaan hari bahagia ini.

“Ia berbeza iaitu apa yang kamu perlukan dan apa yang kamu nak. Sekarang apa yang diutamakan ialah majlis kahwin kami. Itu dugaan dan Tuhan kata yang mana saya nak? Saya nak suami atau duit,” katanya.

Turut berkongsi, Ayda berkata dia kini giat melakukan persiapan menuju hari bahagia yang masih dirahsiakan tarikhnya. Semoga dipermudahkan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest