Connect with us
Duit Dari Kayangan

Drama

Ayda Jebat Bukan Gadis Biasa

Nantikan!

Published

on

Nantikan drama terbaru lakonan hebat Ayda Jebat dalam Bukan Gadis Biasa.

Bukan Gadis Biasa adalah sebuah drama adaptasi novel karya Liza Nur terbitan JS Pictures Sdn Bhd.
Melalui Instagram Ayda, difahamkan drama tersebut akan mula ditayangkan pada 23 April menerusi TV3.

Kali ini, penyanyi dan pelakon itu bakal bergandingan bersama aktor kacak Remy Ishak.

Sinopsis

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jeans dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’. 

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip. 

 

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara.

 

Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

Nantikan info lanjut mengenai drama ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest