Connect with us
You Da Boss

Drama

Ayda Selekeh Demi Cindai

All the best Ayda untuk Cindai!

Published

on

Isnin lalu, tular video pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menari berlatarkan lagu hits, Temberang di tepi jalan raya.

Apa yang lebih mecuri perhatian, Ayda kelihatan selekeh mengenakan baju-T lusuh bewarna biru, berselipar dengan rambut dan wajah kusut.

Menerusi satu portal hiburan online, penampilan Ayda itu sebenarnya bagi menjayakan satu watak penting dalam drama Cindai tidak lama lagi.

“Sudah lama saya impikan suatu watak mencabar, bermain dengan jiwa. Jika sebelum ini saya pernah mendukung watak air mata jadi kali ini ia agak berbeza. Malah jujurnya saya turut membuat persiapan rapi demi Cindai.

“Ada lakukan rujukan menerusi beberapa buah filem antarabangsa sebabnya saya bawa watak yang ada kaitan dengan penyakit mental dan bipolar,” kata Ayda.

Ayda bagaimanapun enggan terlalu ‘over’ membawa watak Cindai, sebaliknya mahu lebih natural.

“Biarlah ia hadir secara natural. Kata orang, tidak mahu terlalu ‘ready’, tetapi lakukan dengan cara yang ‘steady’,” jelas Ayda lagi.

Selain Ayda, drama 12 episod oleh produksi JS Pictures Sdn. Bhd ini turut menampilkan pelakon Syazwan Hassan, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Nazim Othman dan ramai lagi.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest