Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Azar Rela Dicemuh Lagi

Azar membawa watak wanita jahat, Permaisuri Tishaku dalam teater Pawana Isabella.

Published

on

Pelakon yang melonjak naik menerusi drama Nur 2, Azar Azmi kembali membawakan watak jahat, Permaisuri Tishaku dalam pementasan Teater Pawana Isabella.

Bagaimanapun, sedikit sebanyak watak itu mencetuskan perasaan gemuruh di hati Azar.

Mana tidaknya, sebelum ini Azar pernah mengundang cemuhan ramai apabila membawakan watak pelacur, Juita dalam drama Nur 2.

“Sebelum ini, ramai yang mencemuh apabila saya membawa watak pelacur, kali ini saya menjadi permaisuri jahat pula. Bimbang juga jika ada yang mengecam apabila saya terus melakonkan watak antagonis.

“Tetapi, mahu atau tidak, saya perlu melunaskan amanah yang diberikan. Saya reda jika sekali lagi dibenci kerana itu bermakna, lakonan saya meninggalkan kesan di hati penonton,” katanya.

Azar juga sanggup berulang-alik ke set penggambaran drama dan latihan teater demi menimba ilmu dan pengalaman.

“Orang kata, teater adalah tempat untuk mendapatkan ilmu dan memperbaiki kemahiran berlakon. Walaupun penat, saya terima tawaran ini kerana bukan mudah untuk beraksi di pentas teater.

“Peluang yang datang tidak harus dilepaskan, apatah lagi dibimbing pelakon dan pengarah berpengalaman seperti Erma Fatima. Saya cuba berikan yang terbaik untuk teater ini,” ujarnya.

Teater Pawana Isabella bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 31 Ogos ini menampilkan pelakon hebat seperti Janna Nick, Syafiq Kyle, Datin Seri Umie Aida Datuk Ziela Jalil dan ramai lagi.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest