Home > #PenaHot > Aziz Harun Tampil Dengan Single Terbaru!

Aziz Harun Tampil Dengan Single Terbaru!

Penyanyi yang popular menerusi lagu Senyum, Aziz Harun nekad mengembangkan kerjaya seninya di Malaysia selepas lagu berjudul Beautiful nyanyiannya diterima peminat tempatan dengan mendapat lebih 1.2 juta kali tontonan di YouTube.

Lagu penyanyi kelahiran Brunei Darussalam ini turut pernah dinobatkan sebagai Lagu Kolaborasi Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2016.

Selain itu, single ketiga Aziz berduet bersama Elizabeth Tan berjudul Mama turut menjadi siulan orang ramai ketika ini.

September lalu, Aziz kembali dengan single keempat berjudul Jangan.

Menurutnya, single terbaru itu mendapat sentuhan komposer terkenal iaitu Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan dan Romeo.

“Saya mengambil masa yang lama untuk muncul dengan single keempat kerana perlu menamatkan pengajian peringkat A-Level di Brunei.

“Kini, barulah saya boleh fokus menyanyi semula,” katanya.

Image result for aziz harun

Menurut Aziz, single terbarunya itu mempamerkan genre balada yang lebih matang berbanding single terdahulu.

“Seiring dengan peningkatan usia, lagu saya juga lebih matang.

Mengulas lanjut single Jangan, Aziz berkata, ia menceritakan hubungan cinta jarak jauh yang berakhir apabila kekasih melanjutkan pelajaran.

“Lagu ini bukan kisah cinta saya sebaliknya ia berdasarkan pengalaman rakan-rakan.

“Saya mengambil masa empat hari merakamkan lagu ini. Ia sedikit mencabar tetapi saya sudah berusaha berikan yang terbaik ketika proses rakaman sekali gus memuaskan hati barisan komposer terutama Faizal,” katanya.

Aziz juga bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Faizal yang juga idolanya selama ini.

“Tidak dinafikan ketika bekerja Faizal agak garang dan cerewet. Namun begitu, saya faham dia mahukan yang terbaik,” katanya.

Aziz mengakui teruja apabila Jangan yang dimuat naik di YouTube pada 21 September lalu ditonton kira-kira 500,000 kali.

Dalam pada itu lagu Jangan ini juga telah terpilih sebagai runut bunyi untuk sebuah drama yang kini bersiaran di kaca televisyen.

 

Sumber dari: Harian Metro

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply