Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Badan Sado Saharul Ridzwan Dipuji “Mantap”

Fuh, bukan biasa biasa!

Published

on

Pelakon Saharul Ridzwan antara selebriti yang memiliki tubuh badan sasa dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menerusi laman Instagram miliknya pada 3 Mac, pelakon drama Camelia itu ada memuat naik sekeping foto dirinya sambil memegang dumbbell.

View this post on Instagram

Berat sekarang 81.2kg . Ada beza tak. Ke nak turun lagi? 🤨 #daretobefit2020 @juzfitofficial 🥭

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah tubuh badan Saharul yang kelihatan semakin sado serta menjadi idaman ramai lelaki.

Jelas pelakon berusia 31 tahun itu, berat badannya kini 81.2 kilogram (kg).

“Berat sekarang 81.2kg . Ada beza tak. Ke nak turun lagi?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Saharul meninggalkan pelbagai reaksi selain memuji fizikalnya yang mantap.

Untuk rekod, Saharul telah berkahwin dengan seorang model Qabilaa Deena Emir Mohamad Akif Emir pada 16 September 2016.

Pasangan itu kemudian dikurniakan seorang putera bernama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017 dan kini Deena sedang hamil anak kedua mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest