Connect with us
Duit Dari Kayangan

Viral

Bapa Dera Anak, Paksa Makan Makanan Basi

Apa nak jadi…

Published

on

Baru-baru ini, tular di Facebook, seorang lelaki telah mendera anak lelakinya dan memaksa anaknya makan nasi lemak basi sambil berdiri.

Kanak-kanak lelaki itu juga didera dari segi mental kerana bapanya berniat untuk melepaskan kemarahannya terhadap bekas isteri.

Insiden yang menimpa kanak-kanak itu didedahkan oleh ibu, Azza Eirma di Facebook kerana tidak tahan dengan sikap bekas suami yang semakin melampaui batas dan hal ini mendapat perhatian netizen.

Video dan gambar yang tular di media sosial, Facebook telah menerima banyak reaksi dan orang ramai meminta Azza untuk segera membuat laporan polis.

Berdasarkan status panjang yang dimuat naik Azza, anaknya telah diberi makan nasi basi, disuruh berdiri di sudut sambil dimarahi oleh lelaki itu, kepala kanak-kanak itu juga turut dipijak dan lelaki itu secara terang-terangan mengambil bahan terlarang di hadapan kanak-kanak itu.

Ibu kanak-kanak tersebut juga katanya telah membuat laporan polis untuk mengambil anaknya tetapi pihak polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana tiada surat daripada mahkamah dan turut meminta pandangan orang lain yang lebih arif untuk membantunya.

Difahamkan, mangsa kini berada di pangkuan ibunya dan satu laporan polis telah dibuat terhadap bekas suaminya untuk tindakan lanjut. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest