Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Barang Wajib Dibawa Bagi Anda Yang Baru Nak Masuk Asrama!

Tak sabarnya nak masuk asrama!

Published

on

Kehidupan seorang pelajar di asrama dan yang tinggal di rumah memang berlainan.

Walaupun kedua tempat itu boleh ajar diri berdikari, akan tetapi vibe di asrama lebih menyeronokkan sebab anda boleh mengumpul rindu pada keluarga.

Kali ini, jom lihat barang wajib yang anda perlu bawa untuk masuk asrama.

CADAR & BANTAL

Barang yang sangat penting, mungkin anda boleh pack cadar, sarung bantal, selimut dan sebagainya untuk keselesaan waktu tidur nanti. Jika terlupa, alamatnya nanti tidur tak selesa sebab tilam dah lama tinggal dan mungkin dah berhabuk.

BARANGAN KEBERSIHAN DIRI

Selain itu, barangan kebersihan diri seperti sabun badan, shampoo, losyen, ubat dan berus gigi, pencuci muka dan sebagainya pun amat penting sebab jika anda tak bawa, memang badan akan jadi tak selesa langsung walaupun salah satu tidak cukup.

STUDY KIT 

Seterusnya, pastikan kelengkapan alat tulis seperti pen, pensil, correction tape, kalkulator, dan sebagainya cukup sebab nanti kalau tak bawa memang susah nak buat tugasan dan juga belajar. Lebih lagi, untuk anda yang asramanya jauh dari rumah.

JIWA RAGA

Ini yang paling utama. Sebelum nak pergi ke asrama, sediakan mental dan fizikal untuk dapatkan mood belajar dan first time tinggalkan rumah. Kalau rasa malas, takut dan masih tak dapat terima kenyataan kena masuk asrama, apa kata ambil masa satu hari untuk tenangkan diri dan cuba untuk pujuk hati. 

Jadi, itu antara yang wajib dibawa untuk masuk asrama. Bagi yang baru nak masuk itu, anda dah sedia ke belum nak duduk asrama? 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest