Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Eksklusif

Baru Belajar Mekap? Kena Ada Benda Ni Kalau Nak Mekap Tahan Lama Dan Hasil Yang Meletup!

Mekap pun kena ada ilmu tau! Kalau main hentam je memang susah lah mekap tu nak kekal lama, kan? Kalau nak senang, pakai je produk ni! Untuk para wanita yang baru nak belajar mekap pun boleh ikut je step ni!

Published

on

Mekap pun kena ada ilmu tau! Kalau main hentam je memang susah lah mekap tu nak kekal lama, kan? Kalau nak senang, pakai je produk dari Okaya Malaysia ni.. Untuk para wanita yang baru nak belajar mekap pun sesuai dapatkan produk Okaya ni! Ikut je step ni!

Okaya Scrub Cleanser

Sebelum mekap kena cuci muka dengan Okaya Scrub Cleanser dulu.. Yang penting, glowingkan muka! Boleh buang sel kulit mati blackhead dan whitehead. Bahan yang ada dalam Okaya Scrub Cleanser ni antaranya Green Tea, Glycerin dan Centella Asiatica (pegaga) yang berfungsi untuk menyembuhkan jerawat dan anti penuaan.

Okaya The Walet Primer Exclusive

Korang pun tahu kan, kalau nak mekap wajib kena pakai primer. Tapi Okaya The Walet Primer Exclusive ni lain dari yang lain sebab ada ekstrak sarang burung walet, khas untuk meremajakan kulit. Yang penting, kalau mekap nanti tahan lebih lama dan tak bercapuk! Primer dari Okaya ni yang bestnya water base, jadi memang ringan lah!

Okaya Eyebrow Gel / Okaya 4 in 1 Eyebrow Pen

Langkah pertama untuk sesi mekap ialah lukis kening. Ada dua jenis eyebrow yang sesuai untuk dicuba iaitu Okaya Eyebrow Gel atau Okaya 4 in 1 Eyebrow Pen.. Harga untuk kedua dua produk ni sama je dan korang akan dapat berus percuma tau.. Kalau untuk newbie, boleh cuba Okaya Eyebrow Gel sebab kalis air!

Kalau untuk 4 in 1 Eyebrow Pen pula ada 4 warna.. Ada Black, Dark, Medium dan Soft Brown. Kalau pakai yang ni memang lebih rapi dan on fleek lah kening korang nanti! Yang specialnya, tak perlu nak asah macam pensil sebab  tak mudah patah.

Okaya Pure Argan Oil

Okaya Pure Argan Oil ni dari Morocco, ada 1001 kebaikan. Mengandungi Vitamin A&E, anti oksida, Omega 6 dan Asid Linoleic yang tinggi. Sangat membantu merawat dan mengembalikan kesihatan kulit. Ramai je makeup artist dah cuba Okaya Pure Argan Oil ni dan korang boleh titiskan dalam foundation supaya senang nak blend dan tak bercapuk! Minyak ni juga sesuai untuk masalah kegatalan, stretchmark, parut dan jerawat. Bagus kan?

Okaya Foundation Liquid / Okaya Foundation Cream

 Langkah seterusnya, mestilah foundation! Okaya Foundation Liquid ni ekstra sikit. Ada SPF35 dan sesuai untuk kulit kering dan berminyak. Bersifat ringan, senang nak blend dan mudah dicuci, tandanya mesra wudhu lah kan! Tak bercapuk langsung! Boleh pilih 3 jenis warna iaitu Light, Medium dan Dark.

Kalau Okaya Foundation Cream ni pula, tak perlu pakai bedak di langkah seterusnya. Mengandungi Vitamin E, minyak zaitun dan SPF30. Yang penting tahan sehingga 12 jam. Bebas Alkohol dan bahan kimia merbahaya. Satu warna sahaja untuk kulit Medium ke Light. Jadi, nak mana satu?

Okaya Blusher

Korang nak tahu tak, kalau nak blusher tahan lama dan nampak on point, korang kena pakai blusher sebelum korang pakai bedak kompak atau bedak loose. Baru nampak pigmented dan matte di muka korang. Cantik betul kod yang ni! Tapi banyak lagi pilihan warna menarik tau! Cari je dekat laman web https://okaya.co/

 Okaya Instant Compact Powder / Okaya Loose Powder

Nak tahu tak, bedak loose atau bedak kompak ni sangat membantu untuk hasilkan mekap yang cantik. Kalau untuk mekap yang simple, pakai bedak kompak je sebab membantu menyerap minyak dan melembapkan kulit. Untuk mekap yang heavy boleh lah pakai bedak loose yang berasaskan mineral serta tak berwarna sebab lebih tahan lama. Kalau nak hasil yang tak terlalu bercapuk, korang boleh pakai dengan berus tau. Layan je sambil sapu bedak dari Okaya ni. Sebelum pakai eyeshadow, jangan lupa set dulu bawah mata dengan bedak loose Okaya sebab memang sesuai untuk setting dan finishing.

Okaya Eyeshadow Palette

Jangan ketinggalan yang ni! Cantik kan eyeshadow palette dari Okaya ni? Warna sangat pigmented dengan ada tesktur matte dan shimmer. Yang penting, senang nak blend! Duduk rumah tu boleh la main mekap-mekap atau buat video dekat IGTV atau YouTube korang. So, dah boleh fikir nak mekap tema apa kan?

Okaya Mascara

Takkan lah taknak pakai maskara pulak! Sendu je mata korang nanti. Maskara Okaya ni memang hitam pekat tau! Yang menariknya, setiap kali korang sikat berus maskara ni dekat bulu mata korang, memang cantik dan panjang lah hasilnya! Boleh cuci macamtu je dengan air dengan teknik tarik secara perlahan. Takdelah risau kalau nak tanggalkan untuk solat. Kan? Sesuai untuk mekap harian atau heavy makeup.

Okaya Lipsmatte

Cantik betul warna lipsmatte dari Okaya ni.  Ni antara warna kesukaan admin. Ada banyak lagi warna menarik tau! Tapi lipsmatte ni bukan sebarangan! Mengandungi Minyak Argan, HA dan Vitamin E tau.. Yang penting teskturnya ringan, tak melekit dan tahan lama. Nak tanggalkan lepastu nak cuba warna lain? Boleh.. sebab lipsmatte ni senang ditanggalkan tanpa lukakan bibir korang. Lipsmatte Okaya, mestilah bebas dari bahan merbahaya!

Okaya One Day Setting Spray

Langkah yang terakhir, Okaya One Day Setting Spray! Mengandungi SEBOCLEAR-MP, iaitu bahan yang mampu membuatkan kulit anda sentiasa muda tanpa ada garis kedutan. Kalau pakai setting spray Okaya ni, mekap lebih tahan lama, kulit bersinar sinar dan segar! Takdelah berminyak muka korang nanti.

Eh dah habis ke? Senang kan? Moga bermanfaat untuk korang yang baru nak belajar mekap tu! Jangan lupa try sendiri produk dari Okaya Malaysia, mesti cantik dan letup mekap korang nanti! Beli je dekat laman web https://okaya.co/ atau beli dari agen sah Okaya Malaysia.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest