Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Baru Rehat Sebulan, BTS Umum Kemunculan Semula!

Berita gembira buat ARMY!

Published

on

Kumpulan popular dari Korea, BTS muncul kembali!

via Instagram

Lebih kurang sebulan selepas mengumumkan untuk berehat pada bulan Ogos lalu, BTS kembali ke dunia muzik, sekaligus memberi khabar gembira buat ARMY.

Berita itu diumumkan oleh pihak pengurusan kumpulan.

Kumpulan itu turut mengesahkan kemunculan semula mereka di Twitter menerusi #BTS isBack.

BTS dilapor muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 16 September oleh sumber K-Media, Newsen, dengan desas desus memulakan tugas pertama mereka, menuju ke suatu lokasi lain untuk penggambaran “sebuah rancangan realiti”.

Menurut laporan itu lagi, semua 7 anggota masing masing memegang kamera dan turut tampil dengan imej baharu.

Ada juga laporan mengatakan BTS bakal membuat persembahan di Arab Saudi pada 11 Oktober, sebahagian daripada jelajah dunia Love Yourself: Speak Yourself.

via deezer

Pihak pengurusan masih mengunci mulut mengenai jadual kumpulan.

Pasti ramai ARMY menantikan projek terbaru kumpulan ini!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest