Connect with us
You Da Boss

Selebriti

“Be A Good Daddy Ya” – Tajul Dapat Anak Perempuan

Tajul kini bergelar bapa.

Published

on

Tahniah! Malam Sabtu lalu, isteri kepada penyanyi, Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.

Menerusi laman Intagram penyanyi berusia 21 tahun itu, bayi sulung mereka diberi nama Adriana Carissa.

Tajul turut menimba pengalaman baru apabila mengambil keputusan untuk menemani isterinya ketika bersalin.

“Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin.

“Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.

“Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Syanty Octavia Amry.

Biarpun belum mendedahkan wajah anak, foto Adriana yang dikongsikan mendapat perhatian ramai terutama dari kalangan rakan-rakan artis yang teruja dengan berita gembira berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest