Connect with us
Projek Radio

Muzik Buzz

Bekas Ahli Crayon Pop Dedah Perkara Sebenar Tentang Daya Saing dan Music Show K-Pop

Oh macam itu rupanya…

Published

on

Baru-baru ini, Way bekas ahli kumpulan K-Pop Crayon Pop mengeluarkan sebuah video di Youtube yang bertajuk Revealing The TRUTH About The Winners of K-Pop Music Shows dan mendedahkan beberapa perkara sebenar mengenai daya saing dan acara muzik K-Pop kepada pengikutnya. 

Way menceritakan apakah perkara yang terjadi semasa acara muzik berlangsung dan juga mendedahkan adakah sewaktu kemenangan yang dimenangi oleh sebuah kumpulan K-Pop itu mereka terkejut secara benar atau dipalsukan kerana ramai peminat K-Pop yang tertanya, bagaimana sebuah kumpulan K-Pop yang teruja dengan kemenangan mampu melakukan persembahan dengan sangat baik.

Dia menceritakan sebenarnya, ada di antara beberapa idol yang telah mengetahui kemenangan mereka oleh pihak televisyen supaya mereka boleh bersedia untuk melakukan persembahan di akhir acara.

Akan tetapi, banyak syarikat memilih untuk tidak berkongsi berita baik dengan artis mereka untuk memberi kejutan.

Selain itu, Way juga menceritakan bagaimana daya saing yang berlaku di antara K-Pop idol yang mana sebenarnya jika lebih ramai hubungan kawan di antara  K-Pop idol, maka semakin tinggi daya saing walaupun mereka bersahabat secara realiti.

Daya saing sihat ini berlaku disebabkan agensi syarikat yang berbeza, lain pula jika mereka tidak berkawan atau saling mengenali. Daya saing di antara K-Pop idol akan lebih kurang kerana kebiasaannya mereka tidak peduli akan kemenangan yang diraih oleh sesiapa.

Bercakap mengenai persembahan live semasa acara muzik yang sentiasa menjadi pendebatan peminat, Way mendedahkan juga bahawa biasanya dari pemeriksaan audio setiap kumpulan, latihan dari pagi hingga malam dan sebagainya. 

Setiap kumpulan akan menjalani beberapa tahap pemantauan sebelum melakukan persembahan langsung dan walaupun ada beberapa K-Pop idol yang lipsync, ada beberapa ahli dalam kumpulan K-Pop yang akan menyanyikan secara langsung 100% dan yang lain mikrofon mereka akan ditutup.

Akhir sekali, Way juga mendedahkan bahawa dia sangat cemburu kepada artis solo kerana setiap kali kumpulan K-Pop mendapat kemenangan.

Biasanya, syarikat yang akan menyimpan trofi dan artis solo boleh membawa pulang. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest