Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

“Belajar Cara Komen Berhemah…” Ernie Zakri Beri Peringatan

Body shaming itu tidak patut!

Published

on

Penyanyi Ernie Zakri berkongsi rasa terkilan dengan komen diterimanya yang mengatakan dia kelihatan berisi, walaupun mengetahui individu tersebut mungkin sekadar bergurau.

Ernie meminta netizen terutama pengikutnya agar memberikan komen berhemah, dan tidak menyentuh hal sensitif seperti mempersenda bentuk fizikal seseorang.

“Isu ini memang kecik je, tapi kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang seseorang itu lalui…”

“Bagi saya, hal menyentuh fizikal seseorang atau “body shaming” adalah sangat tidak patut. Kita lihat banyak kes buruk berlaku disebabkan komen yang boleh mengganggu psikologi seseorang.”

Ernie meluahkan perasaanya menerusi Instagram Story dan meminta pengikutnya agar belajar cara menghormati orang lain dan berhemah apabila memberikan komen.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest