Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

“Belenggu Rindu” Didakwa Ada Persamaan, Ini Reaksi Jamal.

Boleh tahan best lagu ni…

Published

on

Lagu duet Belenggu Rindu nyanyian raja pop, Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita telah meraih 1 juta tontonan di laman YouTube selepas lima hari ia dilancarkan pada 2 September lalu.

Bagaimanapun, ada pihak yang mendakwa lagu tersebut ada persamaan dengan lagu Anta Permana dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Jamal, perkara itu berlaku kerana lagu Belenggu Rindu dan Anta Permana adalah sentuhan komposer yang sama iatu Hael Husaini dan Ezra Kong.

Sebagai penyanyi, Jamal hanya mengikut sentuhan komposer yang mencipta lagu berkenaan.

“Bila komposer yang sama buat lagu, kita tidak dapat lari jika ‘moodnya’ juga sama bila dia buat lagu untuk penyanyi lain.

“Contohnya, lagu dendangan saya yang juga ciptaan Datuk Dr Ahmad Nawab dulu pun orang dakwa memiliki persamaan bila beliau mencipta lagu untuk penyanyi lain,” katanya.

Sementara itu, Jamal juga menyifatkan peluang berduet dengan Wany sebagai strategi untuk artis senior terus relavan dalam bidang seni.

“Sebagai artis lama dalam bidang seni, saya tidak berasa rugi pun berduet dengan artis baru.

“Bagi saya, berduet dengan artis muda popular seperti Wany serta bekerjasama dengan komposer bagus seperti Hael dan Ezra, ia juga strategi untuk artis lama terus relevan dalam industri muzik tanah air,” ujarnya lagi.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest