Connect with us
alt_img

Selebriti

Bella Astillah Buntu Cari Penyelesaian

Bella akui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Aliff

Published

on

Bella Astillah mengakui, mereka masih buntu mencari titik penyelesaian untuk menamatkan masalah rumahtangga bersama suaminya penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.
Bella berkata, dia juga tidak mempunyai jawapan bila isu antara mereka akan selesai, sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan takdir.

“Dalam soal ini, saya tidak boleh mementingkan diri kerana kami ada anak, Mohamad Ayden Adrean. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang dan perhatian seorang ayah.

“Belum ada dalam sejarah keluarga saya yang melalui fasa perceraian, jadi saya berusaha sebaik mungkin untuk tidak ke arah itu. Namun, jika apa-apa terjadi, perceraian mungkin menjadi jalan terakhir.”
“Fokus saya sekarang cuma berniaga. Pada bulan puasa nanti, saya dan ibu akan menjual pelbagai jenis biskut raya dan kek batik. Mengenai rumah tangga, saya hanya mampu berusaha dengan melakukan solat istikharah dan selebihnya, saya berserah kepada takdir.
Bella berkata, ketika ini, dia dan Aliff tidak lagi tinggal sebumbung, tetapi masih berhubung dan sesekali akan berjumpa.
Aliff pada akhir Februari lalu sekali mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon, Oktovia Manrose, termasuk ke pusat hiburan bersama-sama.
Terdahulu, penyanyi kelahiran Singapura itu terheret dalam kontroversi pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon, Afifah Nasir. Bella bagaimanapun, memaafkan perbuatan suaminya dan berusaha membuka buku baharu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mempunyai anak lelaki yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest