Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Bella Astillah Pelik Foto Suami Cium Anak Dikecam

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah memuat naik foto suaminya, Aliff Aziz bersama anak mereka, Ayden di laman Instagram. 

Published

on


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah memuat naik foto suaminya, Aliff Aziz bersama anak mereka, Ayden Adrean di laman Instagram.
Bagaimanapun, Bella tidak menyangka foto memaparkan suaminya mencium bibir Ayden itu mengundang komen negatif netizen.

Menyedari kecaman negatif itu jelas tiada manfaat, Bella tekad untuk tidak mengambil pusing perkara tersebut.

“Saya berkongsi dengan Aliff mengenai perkara itu. Dia meminta saya tidak mengambil kisah mengenai komen negatif kerana tiada manfaatnya,” katanya.

Sebelum ini Bella dan Aliff sering memuat naik foto Ayden di laman sosial selain berkongsi perkembangan kerjaya seni masing-masing.

  

Walaupun foto yang terbaru itu dikritik sesetengah netizen, ada juga antara mereka yang memuji kecomelan Ayden dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh dua beranak itu.

“Perkongsian dibuat adalah sekadar menunjukkan kasih sayang antara bapa dan anak lelakinya. Apatah lagi, Ayden baru berusia setahun lima bulan,” ujarnya lagi. 

Dalam pada itu, Bella kini mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebelum berkongsi status di media sosial bagi mengelak perkara negatif berlaku.

Alif dan Bella mendirikan rumah tangga pada September 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata, Ayden Adrean pada 8 Julai 2017.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest