Home > #PenaHot > Berang Dilanggar Lari, Anzalna Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah?

Berang Dilanggar Lari, Anzalna Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah?

Baru-baru ini tular di media sosial, satu rakaman yang memaparkan pelakon Anzalna Nasir telah dilanggar ketika sedang asyik bergambar bersama tiga adik beradiknya yang lain di sebuah taman di ibu negara.

Namun, jangan salah anggap. Sebenarnya, pemandu yang melanggar itu adalah anak buah Anzalna sendiri, iaitu Anggun Darleena yang baru berusia satu tahun dengan menaiki kereta kawalan jauh sahaja.

Video yang dimuat naik oleh Anzalna itu sehingga kini terus mendapat perhatian selepas meraih lebih 500,000 tontonan.

Tidak kurang juga netizen yang meninggalkan komen dengan menyatakan mereka turut terhibur dengan rakaman berkenaan.

  • josika_j Ahaha lucu juga ya part terlanggar kaki tu
  • pinkylavender__ ya Allah suara sape gelak tu.. Kalah nenek kebayan! mia nasir ke.. lawak gilaaa! 100x ulang video ney still nk gelak.
  • shida_faezahI x boleh move on still watching this again n again pemandu relaks x bersalah @anzalnanasir88

Anzalna turut memuat naik lagi satu posting lucu yang memaparkan lesen pemandu yang telah diubahsuai.

Ini licence pemandu tu. See you in court! @the_angguns

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Ini license pemandu tu. See you in court!

Ada-ada saja Anzalna ni. Apa-apa pun Selamat Hari Jadi diucapkan kepada kembar comel Anggun Darleena dan Anggun Darleesa, semoga mereka membesar dengan sihat dan cantik macam ibu saudaranya juga!

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply