Connect with us
Projek Radio

Selebriti

“Berdosanya Saya Pada Kamu” – Alyah

Harap peminat faham dengan keputusan Alyah…

Published

on

Pejam celik-pejam celik, sudah 20 tahun rupanya Datin Alyah menceburi bidang nyanyian.

Bagaimanapun, penyanyi itu meluahkan rasa kesal kerana lagu-lagunya selama ini telah membuatkan pendengar menitiskan air mata kerana kasih kepada manusia, bukan kepada sang pencipta.

Katanya, dia berasa sangat berdosa membuai pendengar dengan lagu cinta demi mengejar populariti.

Menerusi akaun Instagram, Alyah nekad untuk tidak lagi merakamkan sebarang lagu berunsurkan cinta.

Antara potongan kapsyen yang ditulisnya ialah:

 

Pelantun lagu Cintaiku itu juga memohon maaf atas pengaruh yang dibawanya selama ini selain turut memperdengarkan sebuah lagu berunsur ketuhanan nyanyiannya.

View this post on Instagram

20 tahun saya berjalan sebagai seorng penyanyi,Saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia…. Dibulan ramadhan yg mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yg saya bawa selama ini.Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia Bukan kerana kasih kerana Allah swt Bukan kerana para Rasul Bukan kerana para ilmuan agama Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu.Saya mohon ampun atas kekilafan saya selama ini dlm mengejar popularity… Saya la yg berdosa saya juga amat naif dan saya lah yg bersalah.. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih.yg akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada maha pencipta… Mohon maaf atas keputusan ini… Selamat berpuasa semua… Lagu terbaik yg pernah saya tulis bersama @omarkrk & @ikhwanfatanna juga hasil usaha kakak saya @ayuputeh lagu yg saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dlm kehidupan saya…perjalanan saya masih jauh semoga Allah swt sentiasa bersama kita semua dan memberi redhonya… Sejauh mana kita mencari jawpan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya 1 kepercayaan Allah swt itu ada dan dia maha baik dan penyayang pada setiap hambanya….Hakikat jiwaku

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest