Connect with us
You Da Boss

Selebriti

“Berikan Kami Sedikit Ruang…” – Syafiq Kyle

Syafiq mohon semua pihak hormati permintaannya

Published

on

“Saya berharap diberikan sedikit ruang kerana seboleh mungkin, tidak mahu hal peribadi dicampuradukkan dengan kerjaya.”

Itu permintaan Syafiq Kyle agar semua pihak menghormati kehidupan peribadinya, selain meminta tidak didesak untuk terus berkongsi kisah cintanya dengan Mimi Lana.

Instagram syafiqkylez

“Apabila saya membuat keputusan membuka satu lapisan kisah peribadi kepada umum dan membuat keputusan gerangan kekasih hati, saya berharap tidak berterusan diajukan pertanyaan sama. Saya berharap, permintaan saya ini dihormati semua pihak,”

Menurut Syafiq, dia dan Mimi mempunyai cara tersendiri untuk mencapai sesuatu terutama dalam bidang seni .

Instagram missmimilana

“Masing-masing ada benda yang ingin dicapai dalam hidup. Kami berdua nak berjaya dalam bidang ini jadi perlu melakukan sehabis baik untuk menjadi seseorang yang terbaik dalam hidup.

“Urusan cinta itu hal peribadi kami. Apa yang penting adalah untuk memastikan kerjaya kami berjalan lancar dan masih diterima peminat.”

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest