Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Muzik Buzz

Berjaya Singkirkan Penyamar, Ramai Puji Siti Nordiana Pandai Buat Keputusan

Nana memang power!

Published

on

Jika minggu lalu, penyanyi Ismail Izzani dipaparkan dengan tidak sengaja telah menyingkirkan penyanyi sebenar, minggu ini pula Malaysia telah disajikan dengan peserta-peserta yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan tidak kurang juga yang menjadi penyamar.

Pada minggu keempat, rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga (ICSYVM3) telah mengundang Siti Nordiana atau Nana untuk mencari penyanyi sebenar.

Nana yang turut dibantu penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Yusry KRU, Mark Adam serta penampilan istimewa Azad Jasmin dan Nabila Huda sebagai penyiasat jemputan telah berjaya memilih seorang peserta yang merupakan penyanyi sebenar pada akhir rancangan.

Nana turut mendapat pujian daripada penonton yang menyaksikan program tersebut menerusi saluran Youtube.

Program hiburan yang diadaptasi daripada rancangan popular Korea Selatan ini masih lagi menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama.

Ia akan diteruskan lagi pada minggu hadapan dengan tetamu dan penyiasat jemputan lain pada hari Ahad bermula jam 9 malam menerusi saluran TV3.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest