Home > #PenaHot > Berkenalan Lapan Tahun Lalu Kemudian Berpisah, Dan Akhirnya..

Berkenalan Lapan Tahun Lalu Kemudian Berpisah, Dan Akhirnya..

Dalam mengharungi kehidupan ini, manusia sememangnya memerlukan pasangan. Justeru, kita dicipta untuk menjadi perempuan dan lelaki untuk saling menyukai antara satu sama lain atau dalam kata erti lain berpasang-pasangan.

Baru-baru ini menerusi satu thread di laman Twitter seorang wanita telah berkongsi kisah percintaannya bersama seorang lelaki daripada fasa perkenalan, bercinta, putus sehinggalah berjaya ke gerbang perkahwinan.

Wanita yang dikenali dengan nama Amalina ini memulakan ceritanya dengan perkenalan selama 8 tahun, kemudian berpisah.

Namun, sepanjang 6 tahun berpisah, wanita ini cuba untuk melupakan dan meneruskan kehidupan dengan mengenali lelaki lain.

Ketika itu suaminya turut mempunyai teman wanita lain, malah usia hubungan mereka telah menjangkau selama 5 tahun.

Walaupun Amalina mengetahui tentang perkara berkenaan, namun beliau sering stalk dan sudah nekad untuk tidak berkahwin sehinggalah suaminya menamatkan zaman bujang.

Pada tahun 2015, Amalina putus dengan kekasihnya dan secara kebetulan, suaminya turut sama mengakhiri hubungannya bersama teman wanitanya itu.

Mereka seterusnya berhubung dan bertemu kembali dan berbincang tentang masa depan masing-masing.

Namun, pada akhir-akhir perbualan, suaminya turut bertanya sama ada Amalina mahu bersamanya kembali mahupun tidak.

“Itulah jodoh yang Allah dah tentukan untuk kita sewaktu umur kita 4 bulan dalam perut ibu” – Jelas Amalina.

https://www.instagram.com/p/BT743CVFeBP/?taken-by=amelinazmi

Cantik sungguh peraturanNya. Apa-apa pun semoga mereka sentiasa bahagia dan semoga hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.