Connect with us
alt_img

Drama

Berlakon Lagi Dengan Mira? Remy Ishak Tolak Tawaran

Remy juga menyedari ada pihak seakan-akan tidak senang melihat lakonan mereka

Published

on

“Kalau boleh, saya tak nak terlalu kerap digandingkan dengan Mira kerana saya tak mahu orang muak.”

Itu pengakuan pelakon Remy Ishak apabila ramai peminat berharap gandingannya bersama Mira Filzah diteruskan sampai bila-bila.

Menurut Remy,

“Memang ada pihak yang menawarkan kami berlakon sama selepas Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda.”

“Namun saya terpaksa tolak. Biarlah kami berdua berehat dulu. Tunggulah, kalau ada rezeki dan tawaran yang datang tu sesuatu yang berbeza dan bermanfaat untuk saya dan Mira, kami akan lakukan.”

“Tidak dinafikan, pasti ada yang menyampah dan boleh cemburu melihat kami berlakon berdua.”

Ketika diminta menghuraikan pengalaman bekerjasama dengan Mira, Remy dengan ringkas berkata,

“Mira Okay, baik dan lemah lembut.”

Sementara itu, Remy berkata, dia kini perlu menyiapkan drama bersiri Keluarga Baha Don yang tertangguh penggambarannya.

Remy hanya akan mula bercuti untuk menyambut Aidilfitri dua hari sebelum 1 Syawal , selama seminggu, diikuti promosi produk baju Melayu.

Menurut Remy, dia akan membawa ibunya dan keluarga bercuti menyambut Aidilfitri.

Sumber: Berita Harian

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest