Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Bermodalkan 2 Periuk, 1 Kuali & Sudip, Pasangan Ini Berjaya Jana Duit Sebagai Youtuber!

Lembutnya cara dia cakap..

Published

on

“Bagai bulan jatuh ke riba..”

Itulah pepatah yang menggambarkan keadaan terkini seorang wanita yang bernama S Pavithra dan suaminya M Sugu yang memperoleh keuntungan yang besar dengan tidak disangka-sangka.

Ini selepas video masakan yang dikongsi padangan berkenaan menerusi saluran Youtube mereka mendapat perhatian netizen.

Menurut Pavithra, dia sendiri tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba begitu ramai pengguna melanggan saluran Youtube mereka sedangkan mereka masih baru dan masih banyak kekurangan dalam kandungan video yang perlu mereka perbaiki.

Kenali Sugu Pavithra, Tambat Hati Rakyat Malaysia Di Youtube, Kini ...

Selain kepelbagaian menu yang disediakan termasuk masakan India, penggunaan bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua video nyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur untuk terus melanggan saluran pasangan suami isteri itu yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’.

Berbekalkan dua periuk termasuk periuk untuk memasak nasi selain kuali dan sudip, kandungan video dihasilkan menggunakan telefon pintar yang dibeli secara hutang untuk tujuan perkongsian video terbabit.

“Sejujurnya, kami bukanlah orang senang. Saya hanya suri rumah sepenuh masa manakala suami pekerja ladang kelapa sawit dan kami tinggal di kuarters yang disediakan majikan suami.”

“Kami juga tiada tripod (kaki tiga) jadi untuk menstabilkan telefon ketika rakaman, kami hanya letakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh,” ujarnya.

Pavithra berkata, dia dan suami mula berjinak-jinak sebagai Youtuber sejak Januari lalu selepas mendapat saranan daripada rakan baik yang juga seorang YouTuber untuk menghasilkan serta memuat naik video masakan di laman berkenaan.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, mereka sendiri terkejut apabila jumlah pelanggan saluran mereka meningkat sehingga 10,000 dalam tempoh sebulan saluran berkenaan diwujudkan.

Susulan itu, pasangan ini menerima emel daripada YouTube untuk menjadi Rakan Youtube sekali gus membolehkan mereka memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut dolar Amerika Syarikat (AS).

Sehingga 13 Mei 2020, jumlah pelanggan saluran Sugu Pavithra di laman Youtube sudah mencecah lebih 300,000 pelanggan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest