Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Bersemut! Haziq Menyamar Jadi Waiter Semata-Mata Nak Surprise Isteri

Nak jugak boleh? Eh!

Published

on

Baru-baru ini pengacara dan juga penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni membuat kejutan untuk isterinya Ayunda Putri untuk ulangtahun kelahirannya yang ke 30 tahun.

Kalau sebelum ini Putri membuat kejutan hari jadi Haziq dengan memakai ‘full set maskot Cici’, kali ini giliran haziq pula membalas kejutan Putri! Bukan kejutan hari jadi yang biasa-biasa tau, kali ini Haziq drive dari kuala lumpur ke Kuantan dan part yang paling best, Haziq bersepakat bersama pekerja dan ahli keluarganya dan menyamar jadi seorang pelayan di salah sebuah restoran di bandar Kuantan.

Menerusi video yang di muat naik di laman sosial Instagram Haziq, kejutan itu nampaknya berjalan dengan baik sekali. Lihat sahaja reaksi Putri apabila dikejutkan oleh Haziq. Siap tak perasan bunga yang diberikan kepadanya itu adalah suaminya sendiri. Alahaiiii bersemut! Kat mana nak cari suami sweet macam Haziq ni?

Turut mengulas lanjut, Haziq berkata kejutan ini adalah tidak dirancang. Pada mulanya, Haziq membelikan tiket penerbangan dan percutian buat Putri dan ibunya untuk ‘girls trip’ mereka di Pulau Pinang, akan tetapi disebabkan jumlah kes Covid-19 semakin meningkat di sana, Haziq menukar ‘plannya’, menghantar Putri, ibu dan adik perempuannya ke Kuantan. Haziq turut berkongsi percutian ini adalah untuk Putri berehat, sementara Haziq yang menjaga anak-anak mereka. Awwhhh!

Tidak mahu mensia-siakan percutian Putri, Haziq mendapat idea untuk ke Kuantan dan surprise kan Putri disana. Haziq turut memberitahu, hanya adik iparnya sahaja iaitu Natasha Noorizan yang tahu mengenai plan nya itu. Tanpa membuang masa, Haziq terus bergerak ke Kuantan sejurus selepas habis ‘on-air’ dan bersepakat bersama pekerja-pekerja di restoran itu.

Untung Putri dapat suami macam Haziq. Mungkin para suami dan isteri di luar sana boleh ambil inspirasi daripada kisah Haziq ni?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest