Connect with us
Hot FM

Onz

“Biarlah Saya Dan Dia Bahagia Dengan Cara Masing-Masing”, Sharifah Sakinah Sah Bercerai

Segalanya sudah terjawab…

Published

on

Timbul spekulasi bahawa rumah tangga Sharifah Sakinah dan suaminya yang merupakan seorang juruterbang, Aliff Adha sedang goyah apabila lelaki itu dikatakan aktif dalam aplikasi ‘dating’.

Segalanya sudah terjawab apabila Sakinah mengakui sudah tidak tinggal sebumbung bersama bekas suaminya sejak Mac 2020.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya.

Sebelum ini, tersebar cerita tentang bekas suami Sakinah yang dikatakan mengguna aplikasi ‘dating’ untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

Ditanya mengenai perpisahan berpunca daripada orang ketiga, Sakinah menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit dan biarlah mereka bahagia dengan cara masing-masing kerana ini adalah untuk kebaikan kedua belah pihak.

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka berdua diberi kekuatan untuk hadapi dugaan ini dan diberi jalan untuk mencari kebahagiaan masing-masing.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest