Connect with us
You Da Boss

Dhia

Bila Kulit Korang Rasa Pedih Dan Kering, Baca Ini Sekarang!

TANYALAH mana-mana gadis, memiliki glass skin adalah impian paling jitu dan padu untuk mereka.

Published

on

TANYALAH mana-mana gadis, memiliki glass skin adalah impian paling jitu dan padu untuk mereka. Bayangkan  memiliki kulit yang licin dan lembut seperti sutera tanpa cela. Siapa yang tak nak kan?

Namun, keadaan cuaca yang tidak menentu. Kadangkala terlalu panas terik. Kadang hujan boleh memberi kesan kepada kulit kita. Itu belum lagi faktor-faktor lain seperti stres atau tidak cukup masa untuk membersihkan sisa make up di wajah.

Ada pelbagai masalah kulit yang boleh berlaku seperti kulit berminyak seterusnya menyebabkan jerawat, tona kulit tidak sekata dan juga kulit wajah yang kering.

Bila kulit dah kering, mulalah timbul kedutan, sunburn yang mengundang rasa tidak selesa pada kulit wajah. Ini antara yang korang boleh lakukan nak pulihkan kulit yang kering.

SERUM

Selain pencuci muka, korang kena juga apply serum pada kulit korang. Ia dapat meningkatkan sistem imunisasi kulit dari sinaran bebas UV. Jika serum yang korang gunakan mengandungi vitamin E, ia akan merawat bahagian kulit yang merah dan merekah. Serum juga boleh membantu mengecilkan pori dan memberi kelembapan kulit berpanjangan.

PELEMBAP

Kalau dah kulit kering, penggunaan pelembap memang sangat penting. Pelembap yang baik akan membantu kulit kita untuk mengembalikan protein keratin selepas mencuci wajah. Ada pelembap yang berbentuk krim. Ada juga produk yang berbentuk gel atau dipanggil ‘Aqua Gel‘. Ia bertindak memberi kesan serupa.

Nak tahu lebih banyak tip menarik? klik sini

Penulis: Dhia

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest