Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

"Bila Leo Nak Dapat Adik?" Ini Jawapan Lisa Surihani.

Lisa turut mendedahkan terlibat rancangan dan projek terbaharu yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Published

on

Baru baru ini, pelakon Lisa Surihani menyambut ulang tahun perkahwinan ke 7 bersama suami Yusry Abd Halim.

Kedua duanya memuat naik gambar dan ucapan manis masing masing di Instagram, dan mereka turut menerima ucapan daripada peminat-peminat yang turut mendoakan kebahagiaan mereka.
Perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Semalam, Lisa membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya, dan banyak soalan menjurus kepada tip penjagaan muka, cara mengurangkan berat badan, perkembangan kerjaya dan tip percintaan.
Lisa mendedahkan, dia mengamalkan “intermittent fasting”, atau sistem diet dengan mengatur pola makanan, seperti berpuasa cuma bezanya, ialah hanya dalam tempoh tertentu.
Lisa berkata, dia mengamalkan “intermittent fasting” dengan penuh berdisiplin selama 4 bulan berturut turut tahun lalu.

Seorang netizen turut bertanya,
“Bila Leo nak dapat adik?”
Sambil tersenyum, Lisa yang menjawab semua soalan dikemukakan, turut menjawab soalan netizen ini:
“Nanti saya pergi supermarket lepas tu beli, kalau tak pun saya beli online.”
Dalam perkembangan lain, Lisa juga berkongsi sedang menjalani latihan untuk menjadi seorang penerbit program. Sama ada untuk filem atau drama, Lisa dijangka akan mendedahkan berita itu tidak lama lagi.
Lisa juga dilapor bakal terlibat dengan satu projek lakonan baru yang dijangka pada hujung Mac ini.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest