Connect with us
You Da Boss

Drama

“Bila Penonton Jemputan Lagi Kelakar Dari Pelawak” Sitkom JKK Musim Kelima Kembali

Ais mana pernah tenggelam..

Published

on

Jenaka Kampung Kalut (JKK) ialah siri sitkom yang berunsurkan komedi. Setiap siri yang dipaparkan sentiasa membincangkan isu-isu dan permasalahan yang berlaku dalam kampung tersebut.

Setiap isu juga akan dibincangkan menerusi jawatankuasa kampung yang dilakonkan oleh pelawak-pelawak tanah air.

Sama seperti musim-musim yang lain, musim kelima siri ini masih lagi mengekalkan pelakon yang sama iaitu Ebby Yus, Ropie, Sariyanti dan ramai lagi.

Terbaharu, pengguna Twitter yang bernama Al Badri telah memuat naik satu klip dimana penonton jemputan dengan spontan telah berjenaka.

Ropie yang memegang watak sebagai Pak Kodi ketika itu mengambil pesanan makanan di warung miliknya.

Kata pelawak Ajak, dia memesan “teh tarik, tarik panjang-panjang.”

Namun, apa yang dipesan oleh penonton jemputan lebih mencuit hati.

“Teh ais, ais kat bawah.”

Ciapan berkenaan telah menarik perhatian ramai dengan meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain dikongsi lebih daripada 13,000.

Jenaka Kampung Kalut masih lagi disiarkan menerusi saluran TV3, setiap hari Ahad jam 11:30 malam.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest