Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

“Bila susah, seorang rakan pun takda yang bertanya.” – Iqram Dinzly

“Saya diberitahu oleh peguam LHDN, untuk membayar lebih kurang RM90,000 dalam tempoh berbaki 20 hari, jika ingin bebas dari status berkenaan.”

Published

on

Selepas diisytihar muflis, Isnin lalu, pelakon Iqram Dinzly memohon sumbangan ikhlas orang ramai membantunya keluar dari masalah itu.

Iqram memberitahu Harian Metro, dia memerlukan lebih kurang RM90,000 jika ingin bebas dari senarai bankrupsi dan insolvensi.

“Saya diberitahu oleh peguam LHDN, untuk membayar lebih kurang RM90,000 dalam tempoh berbaki 20 hari, jika ingin bebas dari status berkenaan.

“Jadi, saya mengharapkan bantuan daripada orang ramai. Ini pertama kali saya buat macam ini. Saya berharap ada sedikit belas ihsan dalam diri mereka. Memadai jika saya dapat keluar daripada status muflis dan insolvensi supaya dapat membuat perancangan lain. Selebihnya, saya boleh ikhtiar cara lain.

“Saya tak malu nak minta bantuan. Biarlah orang nak kata apa. Kalau ini cara yang boleh menyelesaikan masalah saya, apa salahnya,”

Menurut Iqram, sebuah rumah berupa unit kondominium dan dua kereta miliknya akan dilelong, sekiranya gagal membayar hutang terbabit

“Saya nak mengharapkan bantuan keluarga pun susah juga, sebab masing-masing ada komitmen. Dalam masa sama, takkan saya nak menyusahkan Mama pula. Saya tak nak bebankannya kerana dia pun ada banyak lagi tanggungan dalam keluarga.

“Diakui apabila timbul masalah ini, seorang rakan pun tak ada yang bertanya atau ingin menghulurkan bantuan. Saya pula jenis yang tak pernah mengungkit apa yang pernah dibuat sebelum ini.

“Kalau ada antara mereka yang ingat dan kenang jasa saya, mereka akan datang sendiri. Saya tak perlu tanya pun,” katanya.

Iqram berkata, jika ada yang ingin membantu boleh berhubung terus dengannya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.

Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, Isnin lalu.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest