Home > #PenaHot > Bila wanita Korea ini tunjuk ‘skill’ menyanyi semua tergamam beb!

Bila wanita Korea ini tunjuk ‘skill’ menyanyi semua tergamam beb!

Video ini adalah ketika seorang penyanyi di sebuah kelab memberikan mikrofonnya kepada salah seorang wanita korea yang menyaksikan persembahannya menjadi viral.

 

Ini kerana semua terkejut termasuk penyanyi itu sendiri apabila wanita korea itu berjaya menyambung nyanyian lagu tersebut dengan suara yang sungguh ‘power’. Kalau anda pernah dengarlah lagu 4 Non Blondes berjudul What’s Up, ia  bukanlah lagu yang senang untuk dinyanyikan kerana korusnya perlu dinyanyikan dengan nada tinggi.

Kemudian seorang lagi rakannya menyanyikan lagu ‘Halo’ daripada Beyonce dan sekali lagi mereka membuatkan ramai terkesima.

Video tersebut telah dirakam oleh slaah seorang ahli kumpulan Crayon Pop yang bernama Choa ketika sedang bercuti dengan dua orang rakannya.

Seorang rakan Choa yang menyanyi lagi ‘What’s Up’ adalah seorang pelakon muzikal bernama Lee Ji Min.

 

Manakala seorang lagi yang menyanyikan lagu ‘Halo’ juga pelakon muzikal bernama Jung Jae Eun.

Video berdurasi kurang 1 minit tersebut berjaya mendapat hampir 2 juta tontonan.

 

 

Sumber : Koreaboo