Connect with us
Duit Dari Kayangan

Viral

Bilik Kena Ketuk Pencegah Maksiat Sebab Gelak Macam Perempuan

Macam-macam…

Published

on

Percutian bersama rakan adalah kenangan yang paling indah dan ia akan menjadi hal menyeronokkan jika terdapat perkara yang best dan lucu terjadi semasa bercuti.

Tular baru-baru ini, menerusi perkongsian video di Twitter @cekbelletop, individu berkenaan berkongsi cerita bagaimana pengalamannya bersama rakan telah diserbu oleh pihak pencegah maksiat.

Hal itu telah dibuat kerana pihak pencegah maksiat telah mendapat aduan daripada orang awam bahawa mereka telah membawa masuk perempuan ke dalam bilik penginapan.

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata salah kerana suara perempuan yang didakwa itu adalah milik salah seorang rakannya yang dikenali sebagai Ayim.

Katanya, keadaan menjadi kelam-kabut dan pihak @cekbelletop dan rakannya menjadi tidak keruan dan langsung menunjukkan dokumen pengenalan lalu menjelaskan hal yang sebenar kepada pihak berkenaan.

Di ruangan komen, difahamkan kejadian berkenaan terjadi selepas rakannya, Ayim itu menjerit kerana takut pada lipas yang muncul ketika sedang mandi.

Terhibur dengan perkara yang terjadi, ramai netizen menyifatkan suara lelaki berkenaan sangat lembut dan tidak ubah seperti seorang perempuan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest